Monday, March 16, 2009

Sek Keb Taman Permata

Sekolah ini dibawah kategori luar Bandar (setahu saya menerusi laman web PPD Gombak) dan pendidikan khas sekolah ini baru sahaja beroperasi tahun lepas… insya allah imad akan bersekolah disini tahun hadapan…

Disebabkan oleh interview yang telah ditetapkan pada hari selasa pagi.. maka saya terpaksala postpone meeting saya ke sebelah petang.. (hehehe.. betapa powernya saya!!!) kerana management meeting saya selalunya diadakan pada tiap2 hari selasa sebelah pagi…..

We arrived late (blame it to ayah!!!)… sudah ada beberapa orang parents dengan anak masing2 disitu… there’s no chair for me to sit.. sbb dah penuh dlm bilik tuh… even ayah juga… soo I just amik form yg perlu diisi… tulis la sambil berdiri.. sib baik ada meja… form itu.. ini… mcm2 la… disbbkan saya tangkas menangani segala dokumen2.. maka sayala orang pertama yg submit dokumen2 itew… dan disbbkan keringanan mulut saya… maka kami la orang pertama diinterview… hehehehehe.. (rasanya mesti bengkek parents2 yg lain itewww, apa boleh buat.. cikgu tu kata.. sapa cepat dia dulu)….

Setelah berbincang begitu begini….. menerangkan apa yang patut tentang imad… menyerahkan laporan sekolah, hasil kerja rumah imad, laporan doktor dan macam2 lagi... maka cikgu itupun memulakan sesi interview with imad di bilik lain... jenuh jugak la memujuk imad utk memberi kerjasama... agaknya dia terkujat dengan keadaan sekeliling dia kot.... sampai dia tidak mahu melepaskan tangan saya dan ayah....

Semasa kami nak kebilik lain itew.. kanak2 istimewa disitu... tgh beratur utk ke kantin... kena pakai kasut.. beratur... dah elok beratur baca doa makan.. dan baru la ke kantin... ada macam2 kerenah dan bermacam2 ragam.... ada yang berebut kasut, ada yang bergaduh.... ada yg buat hal sendiri... even ada sorang budak nih datang usap2 muka ayah.. n kata ....’papa’... papa... sib baik ayah cool... hehehehe... mungkin bila menyaksikan inilah yang membuatkan imad jadi terkujat... jadi tak seronok... jadi takut....

Semasa imad diinterview (ekceli test to be specific).. kami ke kantin… untuk melihat lebih dekat cara2 budak2 istimewa ini… spt tadi.. ada yang makan tanpa peduli orang lain, ada yang asiiikkk la bercakap sampai cikgu tak larat layan, ada yang bergaduh, ada yang relax menikmati hidangan…..ada 3 orang cikgu yang pantau kanak2 ini semasa di kantin…

Selepas itew kami nampak cikgu yg test imad itew mencari kami… ooo imad tak mau cooperate.. sbb melihat kami tiada di tepi corridor itew… maka terpaksa la kami berdiri di situ sambil dia membuat pelbagai test sampai la ke tandas… itew semua akan dibuat laporan tentang imad… untuk mengetahui lebih lanjut tentang masalah imad…

Menurut cikgu disitu.. selalunya kanak2 istimewa ini akan diberi percubaan selama tiga bulan (pada yg on diapers laa).. sbb kata cikgu itew... mmg ada pembantu cikgu tetapi pembantu cikgu bukan la utk menguruskan perihal murid, pembantu cikgu hanya la menolong cikgu memantau murid2.. spt ke kantin, ke tandas dan semasa di dlam kelas....

Dan setelah melalui test itew.. imad berjaya menempatkan diri... tetapi kami request utk dia masuk di tahun hadapan.. memandangkan dia pun bersekolah di TKC sekarang ini.. lagipun akan ada major renovation utk kelas pendidikan khas di situ dlm tahun ini.. makanya baguslah utk imad memulakan persekolahannya tahun hadapan dalam keadaan yang lebih selesa....

Sebelum meninggalkan sekolah itew.. kami bersalaman dengan parents2 yang ada... pada pandangan saya.. hanya kami saja pasangan yang agak muda... dan semasa di dalam kereta... ayah meluahkan rasa risaunya... bagaimana penerimaan imad nanti.. sekarang.. dia bersekolah dikalangan kanak2 normal… jika dia masuk ke pendidikan khas nanti..mostly kawan2nya… dikalangan kanak2 DS, CP, Autisme….

Saya hanya mampu berdoa dan berserah.. moga2 imad akan dapat menerimanya dengan tabah dan yakin...dan semoga imad improve sebelum ke sekolah itu tahun hadapan.....

sebelum ayah drop saya ke tempat kerja... imad Cuma berkata...’abang takmo sekolah situ.. abang tak suka budak2 tu... abang takuttt’... hmmmmmmmmmm???????

No comments: