Monday, May 11, 2009

Luahan rasa di Hari IBU

YA ALLAH.. kau kurniakanlah kecekalan dan ketabahan yang tiada sempadan buat hambamu ini…dalam mengharungi segala ujian dan dugaan dari MU

YA ALLAH….kau permudahkan lah perjalanan hidupku dan anak2ku dan semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat…

YA ALLAH….kau permudahkan lah dan perluaskan rezeki kami dari sumber yang halal dan kau kurniakanlah kebahagiaan buat kami didunia dan akhirat….aminnnnn


Permata hati ibu….Kalian sentiasa dihati ini… akan kutabahkan hati, kuatkan semangat untuk kalian….doakan ibu…


Mak…
semoga mak sihat selalu, bahagia bersama ayah hingga ke hujung nyawa…
Eta sayang mak…. Tanpa mak eta takkan sekuat ini…..
I missed my mak sooo much!!! How I wish I can be with her at the moment……


Mandom mood on mother’s day…. huhuhu
Why???? let me just keep by myself… ……. Apa2 pun hidup perlu diteruskan….

Friday, May 8, 2009

DRAMA

Yesterday nite… kakak minta permission nak tengok tv… dia kata school mate dia berlakon dlm drama MAMA EMMA at TV2 …
Kesian pulak.. bagi jek la tgk.. provided siap semua homework n kena susun buku awal2… Drama tuh start at 8.30… by that time.. everybody dah depan tv… ngeh3….

Ayah takde gi solat isyak kat surau… so me n anak2 saja… dorang pun dengan penuh concentrate la tgk drama tuh….drama tu mengisahkan anak yg cacat (sakit saraf) si emma tu la… n dia tu la kawan kakak… but according to kakak dia normal ….

Antara2 conversation during the drama…..

Scene… emma on wheelchair and talking to her mum…’mama.. emma nih cacat kan..’ mama dia jwb..’bukan....... istimewa…’
Imad – kakak.. haa dengar.. dia bukan cacat laa... dia imewa (istimewa)…
Kakak – yelah.. org cacatkan istimewa… apalah imad nih….

Ayah balik dari surau…sambil kata…cite apa nih kakak.. dia sakit apa kakak....
Kakak – ala ayah nihh... dia sakit OKU.. mcm imaddd...
Imad masa tuh relax aje.. n me while dengar tuh… ‘apa lah pengertian kakak pada OKU tu ek???’

Most of the scene… emma tu on wheelchair… wheelchair dia wheelchair biasa aje…tetiba imad bersuara…’ibu… nanti abang takmo kusi cam tuh… abang nak macam yang kita engok kat awi (Langkawi) tuhhh ……..
Saya diam aje… dlm hati.. ‚dia tau ker one day he will wheelchair bound... and the most important thing.. dia masih ingat automatic wheelchair yg we all tengok one of the tourist pakai tuh.... kalau tak silap masa tu umur dia 4 years +….

berderai lagi airmata saya....

Hmmmm ………… oh ya.. the reporter tak balas pun lagi my email.....hmmm

Tuesday, May 5, 2009

Article Kering Air Mata

A fren of mine forward this to me... i've tried to email to the reporter to find out more details... tapi so far lum ada reply....

I wish there is support group for DMD patients in Malaysia, so that we as a parents know what is the best for our children.


Kering air mata
Oleh Mohd Rashidi Yusuf
am@hmetro.com.my



LENGGONG: “Saya hanya mampu menangis apabila mengenangkan ramalan pakar mengenai hayatnya yang tidak panjang. Namun, bila mengingatkan ia ketentuan Allah dan semuanya dugaan hidup keluarga kami, saya tabahkan hati,” kata Rohasnah Abdul Razak, 39, ibu kepada Mohd Fathu Iqmal Abdul Manan, 9, yang mengalami sakit kelemahan otot secara beransur-ansur (DMD) sejak tiga tahun lalu.

Rohasnah berkata, ramalan pakar perubatan ketika Mohd Fathu Iqmal menjalani pemeriksaan di Hospital Grik (HG) ialah anaknya hanya akan hidup sehingga berusia antara 16 dan 20 tahun saja.

Katanya, pakar berkenaan juga meramalkan anaknya akan hilang upaya berjalan pada usia 12 tahun tetapi keadaan itu berlaku jauh lebih awal daripada jangkaan, iaitu ketika usianya baru meningkat lapan tahun.

Akibat penyakit dialami, anaknya yang belajar di Sekolah Kebangsaan Banggol Belimbing tidak lagi meneruskan persekolahan dan terpaksa berhenti pertengahan tahun lalu selepas tidak mampu berdiri.
“Ketika orang lain bangun hendak ke sekolah, dia tiba-tiba tidak boleh bangun. Sejak itu, anak kelima saya itu tidak dapat meneruskan persekolahan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol Belimbing, Lenggong baru-baru ini.
Rohasnah berkata, dia dan suami, Abdul Manan Abdul Shukur, 49, tidak putus-putus mengusahakan rawatan sesuai untuk anaknya.

Katanya, anaknya terpaksa berulang- alik menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Kuala Kangsar (HKK) pada setiap Khamis selain berjumpa pakar di HG pada Rabu manakala dua bulan sekali ke Hospital Taiping (HT) apabila dipanggil.

“Saya turut merujuk kepada beberapa pakar urut di daerah Lenggong, malah hingga ke Kulim, Kedah namun, rawatan itu tidak menampakkan kesan sehingga doktor pakar memberitahu anak saya hanya mampu pulih menerusi rawatan fisioterapi,” katanya.

Rohasnah berkata, dia dan suami sudah berbelanja ribuan ringgit untuk rawatan anaknya.

Katanya, suami hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah menengah di sini dengan pendapatan bulanan RM650.

“Apa pun, kami sekeluarga menghadapi dengan tabah. Apa yang pasti, kami tidak berputus asa berikhtiar merawat anak kami,” katanya.

Monday, May 4, 2009

MAMOSA ON LABOR DAY….

Apa itu mamosa??? Hehehehe.. saya pun dikala first time mendengar word ini.. gelak yang tak dapat disekat2… hehehehe…

Mamosa stand for A’FAMOSA for imad… hehehehe.. dia amat la hepi bila dapat tahu kami akan ke Afamosa cuti labor day… dia mmg amat suka berjalan2… budak mana la yang tak suka kannn… hehehehehe

Friday

We start our journey at 10:30 a.m. setelah bekfes ringan2… bila dah on the road kat hiway… jalan pun dah mula jammed…. Mr. ayah dah malas nak berhenti dimana2 hentian rehat utk heavy bekfes… makanya kami pun meneruskan perjalanan mmg kereta banyak sangat dan bergerak perlahan2 until la tol senawang.. selepas itu..mr. ayah baru la boleh memecut dengan jayanya…
Kami sampai di afamosa kul 12:15… asked kakak whether she wants to eat something.. dia takmo..member dah tak sabo nak join all the cuzzies kat water world nunnn… oh ya.. this trip was a cousins gathering… cousin sebelah my ayah… not mr. ayah okayyy… we choose 3 rooms condo… and there are 5 families… yeeehaaa.. hehehehehe

After drop kakak at water world to join all my cousins… we had a drink kat rest. kat dlm tuh… reason tak masuk water world coz imad do not really appreciate all the slides, menan2 kat dlm air tuh… gitu juga hanis… soo baiklah kami tidak membazir duit utk mengenterkan diri ke dalam tuh…
After minum2… off we went to pekan alor gajah… mr. ayah nak solat jumaat… I drop him at masjid di pekan alor gajah and after that ronda2 with imad n hanis cari tempat makan n jalan2 cuci mata… hehehehe last dah tak larat nak pusing2… kami lepak kat bus station alor gajah.. hehehehe.. about 2 terus gi masjid tadi pick up mr. ayah….and had lunch kat food court near to pasar alor gajah… mr. ayah makan nasi campur… RM3 sahaja okay.. I had mee rebus muo… while imad and hanis had satay… Satay itu sgt delicious okayyy…
Selepas makan2… kami patah balik ke afamosa… tapi mr. ayah singgah makan durian dulu.. hehehehe Three of them makan durian dengan riangnya… me tak….. masuk balik ke afamosa.. and queue for check in… ramai ooo orang… so about 3.30 p.m. we check in at Beverly Hills condo… okay la sgt la suitable utk kami 5 families….

After that all the families yg kat water world tu pun sampai… they had free food from water world.. so makan la beramai2… I’ve brought my deep fryer, my cousin brought her small stove and rice cooker… kami rebus sausages, goring nugget and macam2 la… my cousin siap masak nasi, goring telur dadar, buat kari telur instant and masak sambal sardine.. eventho simple.. tapi amat la menyelerakan bila makan beramai2.. bayangkan kami 11 dewasa dan 11 kanak2… mmg riuh…. Swimming pool di condo tu pun penuh ngan diorang aja….

Lepas maghrib.. kami bersiap ke COWBOY TOWN… kami pegi naik ride aje… kena byr tambang dewasa RM2 pergi balik.. senang tak yah susah2 nak cari parking n nak jalan kaki… ride tu hantar depan pintu masuk COWBOY TOWN tu aje….tgk show segala.. n all the kids enjoy the show very much… n after that kami berpecah.. ada family yang nak balik… but my family stay … apalagi.. untuk mengepau ibu dia yang sorang nih la… main keta itu la ini la… nak lampu kelip2 la… n my doter..yg kaki bergaya tu.. nak topi koboi…. Sooo belikan jugak la… jadi la cowgirl… hehehehe…

Dalam pukul 11:30 p.m. kami balik ke CONDO.. tapi balik amik keta aje… kami keluar pulak ke pekan Tampin… hehehe… on the way ke pekan tampin tu ada jugak restaurant2 yg still buka… siap ada karaoke segala.. tak jauh la dari afamosa… sampai di pekan tampin… we had teh tarik at one of the mamak restaurant… ramai gak orang time tuh… I had maggi goring and teh tarik… imad n mr. ayah had roti canai…. While kakak dah tersandar dlm keta ketiduran.. hehehehehe..

SATURDAY

Pagi2 bgn.. tgk my cousin dah ready barang utk buat nasi goring…. Sungguh la rajin… peh tu menggoreng nugget, kentang and pelbagai lagi utk anak2 makan… kami yg dewasa2 nih gi makan bekfes di ala2 coffee house… take turn la… while anak2 makan di condo saja… after that biasa la… dorang terjah swimming pool tu beramai2…
Pukul 12 checked out and 4 families went for ANIMAL SAFARI…. While another family continues their holiday to Malacca…

Cuaca so so… tidak la panas sangat dan tidakla mendung… tetapi kami berpeluh2 giler jugak..sib baik dah spare tuala2 kecik utk anak2 dan mr. ayah…. First kami queue untuk naik jeep utk melihat binantang2 di dalam safari itu… queue pun sgt panjang okay.. nasib baik anak2 tidak membuat hal… bila dah dpt naik jeep.. sgt la kelakar.. kerana perjalanan itu umpama di dalam safari… byk jugak binatang2 disitu… we enjoyed the journey very much.. mungkin sebab kami ramai2.. makanya fun la journey tu jadinya….
Selepas itu kami berjalan2 di walk way pulak… kebetulan ada wild2 west show… stop kejap tgk show itu… imad suka.. kami siap kena simbah ngan air..sib baik tak lencun… peh tu ke animal show.. tapi coz of hanis dah cranky (saya terlupa nak bwk susu dia ) and imad pun dah mengadu lapar (yelah dah pukul 3 petang)… maka kami tgk half way aje… and terus la kami keluar… the other 3 families continue their visit kat situ….

Kami terus ke pekan Tampin….singgah di masjid pekan Tampin... solat zuhur… imad mandi kat masjid tuh… sukala sangat dia waktu tuh… dia yang request nak mandi… hehehehe.. kakak n hanis dah tertidur dengan nyenyaknya… after that we had our lunch kat satu restaurant kat Tampin… ok la jugak… and we tapau KFC for kakak n hanis.. if let say dorang terjaga nanti.. boleh berhenti rehat aje kat mana2 R&R…. kesian pulak nak kejutkan..sbb dah keletihan bonar dahhh…

Selepas makan kami meneruskan perjalanan pulang… singgah di hentian rehat pedas linggi… solat asar dan makan lagi bersama kakak and hanis… lama jugak n imad nak mandi lagi sekali… suka pulak dia mandi kat tempat2 yg tak berapa nak selesa mandi… tapi mr. ayah tak bagi.. leceh la….

Selepas itu kami pun meneruskan perjalanan sampai la kerumah… tiba di rumah elok2 waktu maghrib….

Itu saja la cerita percutian kami kali ini… sekian… hehehehehehe….

Yang penting anak2 happy…. Imad dok quote ini aje…’ibuuu abang happy…. Ibu… abang happy..’….

And enjoy the pics……






Independent

I used to be an independent wife…… dulu mr. ayah selalu outstation aka offshore… hatta baru berkahwin satu minggu telah ditinggalkan selama 2 bulan.. huhuhuhu.. kesian saya… masa tu rasa cam nak pindah balik duduk rumah bujang.. tapi kang apo lak dikato mentuo lak kang….

Semasa itu mr. ayah telah berjinak2 sebagai freelancer… so ada job.. offshore la dia… takde job… onshore la dia….

Even after seminggu melahirkan kakak pun… ayah had to left us for Venezuela…. 3 bulan taw… huhuhuhuhuh kesian saya…. Sib baik berpantang di kampong… itu antara sebab mengapa saya tinggalkan kakak with opah bila kena masuk keje balik….tapi mmg saya berulang la.. every weekend… petang jumaat akan fetch bas at 6:30 p.m. and balik ke KL on Monday subuh… huhuhu… mmg menduga tul….

Until lah pregnantkan imad… ayah got better offer and permanent job (yg until now ayah regret coz reject the offer)… masa tu saya sarat mengandungkan imad… ayah serba salah.. if dia agree.. keje tu 2 months offshore and a week onshore… mana cukup masa ngan anak2… akhirnya saya kata… takpe la.. tolak aje la.. tak sanggup dah saya nak kehulu kehilir seorang diri… masa itu mana dengan kakak, mana dengan saya sarat mengandung, n masa tu juga saya masih takut utk drive kereta walaupun lesen keta dpat sejak umur 18 thn.. .hehehehe

N nak jadi cite.. saya melahirkan imad pun pra-matang…. Dikala ini mr. ayah masih juga offshore on and off.. saya minta pembantu… alhamdulilah… dikala umur imad 9 bulan kami dpt pembantu rumah… yang kekal dengan saya selama 6 tahun…. Dan saya amat2 bersyukur walaupun masih jugak lagi seorang diri mengelolakan keluarga tapi fikiran saya sedikit lega… badan saya sedikit cergas… imad pula semasa kecil selalu juga keluar masuk hospital (due to bronchitis) dan juga ulang alik ke klinik.. jadi dengan adanya pembantu.. saya tak bergantung sangat pada mr. ayah….

But I know its not easy to be a single mom or independent mummy walaupun ada pembantu…. Pernah satu ketika… (masa tu belum dpt maid lagi n mr. Ayah outstation)... hujan lebat, tetiba rumah black out... mana ngan kakak yg masa tu baru la setahun lebey... dan imad yg masa tu masih lagi baby… hadoiii hanya ALLAH saja la yg tau… kiri kakak n kanan adik… dok kendong la sambil cari torch light n lilin…. Itu yg kadang2 rasa serikkk sgt...

Bila dah ada maid... a bit release la jugak... tak ler terasa sgt bila mr. ayah outstation…tapii mmg macam2 dugaan… pernah imad kena bronchitis until I have to ulang alik klinik satu hari 5 kali for neb…. Pernah satu rumah demam termasuk ngan maid2 sekali, even masa imad went for biopsy pun mr. ayah not around…. Byk la jugak incident2 yg amatla menstresskan saya…

Tetapi saya bersyukur…pengalaman2 itu jugakla yang mematangkan saya dan menguatkan emosi dan ketabahan saya… dan saya masih juga lagi berharap agar ketabahan dan kesabaran saya ini tiada hadnya demi untuk IMAD…..aminnn…..