Tuesday, May 5, 2009

Article Kering Air Mata

A fren of mine forward this to me... i've tried to email to the reporter to find out more details... tapi so far lum ada reply....

I wish there is support group for DMD patients in Malaysia, so that we as a parents know what is the best for our children.


Kering air mata
Oleh Mohd Rashidi Yusuf
am@hmetro.com.my



LENGGONG: “Saya hanya mampu menangis apabila mengenangkan ramalan pakar mengenai hayatnya yang tidak panjang. Namun, bila mengingatkan ia ketentuan Allah dan semuanya dugaan hidup keluarga kami, saya tabahkan hati,” kata Rohasnah Abdul Razak, 39, ibu kepada Mohd Fathu Iqmal Abdul Manan, 9, yang mengalami sakit kelemahan otot secara beransur-ansur (DMD) sejak tiga tahun lalu.

Rohasnah berkata, ramalan pakar perubatan ketika Mohd Fathu Iqmal menjalani pemeriksaan di Hospital Grik (HG) ialah anaknya hanya akan hidup sehingga berusia antara 16 dan 20 tahun saja.

Katanya, pakar berkenaan juga meramalkan anaknya akan hilang upaya berjalan pada usia 12 tahun tetapi keadaan itu berlaku jauh lebih awal daripada jangkaan, iaitu ketika usianya baru meningkat lapan tahun.

Akibat penyakit dialami, anaknya yang belajar di Sekolah Kebangsaan Banggol Belimbing tidak lagi meneruskan persekolahan dan terpaksa berhenti pertengahan tahun lalu selepas tidak mampu berdiri.
“Ketika orang lain bangun hendak ke sekolah, dia tiba-tiba tidak boleh bangun. Sejak itu, anak kelima saya itu tidak dapat meneruskan persekolahan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol Belimbing, Lenggong baru-baru ini.
Rohasnah berkata, dia dan suami, Abdul Manan Abdul Shukur, 49, tidak putus-putus mengusahakan rawatan sesuai untuk anaknya.

Katanya, anaknya terpaksa berulang- alik menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Kuala Kangsar (HKK) pada setiap Khamis selain berjumpa pakar di HG pada Rabu manakala dua bulan sekali ke Hospital Taiping (HT) apabila dipanggil.

“Saya turut merujuk kepada beberapa pakar urut di daerah Lenggong, malah hingga ke Kulim, Kedah namun, rawatan itu tidak menampakkan kesan sehingga doktor pakar memberitahu anak saya hanya mampu pulih menerusi rawatan fisioterapi,” katanya.

Rohasnah berkata, dia dan suami sudah berbelanja ribuan ringgit untuk rawatan anaknya.

Katanya, suami hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah menengah di sini dengan pendapatan bulanan RM650.

“Apa pun, kami sekeluarga menghadapi dengan tabah. Apa yang pasti, kami tidak berputus asa berikhtiar merawat anak kami,” katanya.

No comments: